![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhsAmj09l-O9AtK6hb3WlnA1ll-81IQqJ_9pQleqmdw9fXstaYkMBXk3N8nUg-lF8PGvgjfGCXINR66c9fUa23sKymwAa_17u_2uJ5rKQl0JL9HJJ6gH2TI5esSANXJl_AUpCfdnzeqUcw/s200/sejuk+004.jpg)
Perkataan “batik” bermaksud pakaian yang bertitik. Batik merupakan sejenis tekstil atau pakaian yang dihasilkan melalui proses menerap lilin cair dan mencelup warna.Ia merupakan kraf tradisionalyang terkenal di kelantan dan Trengganu.
Kain Batik merupakan kain serba guna pada masa dahulu. Kain Batik Tradisional mempunyai pelbagai gaya dan bentuk.Fungsinya adalah seperti berikut :
(A) Pakaian harian
(B) Pakaian untuk kemajlis keramaian
(C) Pakaian basahan
(D) Buaian untuk bayi
(E) Kain untuk mengendung anak kecil
(F) Kelubung pengikat kepala
(G) Tempat membawa bekal
(H) Kain penutup mayat dan penutup keranda.
No comments:
Post a Comment